Kekuatan Umur untuk Membina Kewangan
Usia muda sebelum tua. Rasulullah S.A.W telah mengingatkan
kita ingat lima perkara sebelum lima perkara. Setiap dari kita akan merasai
masa muda yang penuh dengan pelbagai keinginan. Nak beli itu, nak melancong ke
tempat menarik, nak beli kereta besar, nak beli rumah besar. Dan pelbagai lagi.
Tidak disalahkan waktu muda itu kerana itulah gelojak nafsu darah muda. Akan
tetapi nafsu ini perlu diuruskan dengan baik. Bila muda kita ada tenaga yang
boleh digunakan untuk mencari wang tambahan, membina kewangan yang besar dan
membuat perniagaan sendiri akan tetapi bila sudah tua kita hilang keupayaan
untuk melaksanakan perkara tersebut. Nak tingkatkan pendapatan tapi diri sudah
tidak terdaya untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa.
Oleh itu, di waktu muda ini kita perlu bijak dalam
menguruskan tenaga dan wang kita supaya ia bermanfaat pada hari tua kita. Bila
nak membina kewangan kita dan mengawal nafsu muda ini kita perlukan ilmu. Ilmu
pengurusan kewangan yang berhemah perlu dilaksanakan. Apabila kita mengatakan
tentang pengurusan kewangan, ramai akan merungut. Kita punyai pendapatan sedikit,
nak beli barang keperluan dan kadang-kadang kereta dan rumah juga adalah
keperluan mendesak pada masa muda ini. Jadi kita perlu bijak dalam menguruskan
kewangan kita yang sedikit.
Di masa muda inilah kita berpeluang untuk membina kewangan
kita kerana kurangnya tanggungjawab seperti nafkah untuk keluarga, beban
pinjaman dan sebagainya. Walaupun apa yang diperoleh itu sedikit tetapi jika
diuruskan dengan baik, ia akan membina kewangan kita untuk hari tua nanti.
Waktu muda inilah kita perlu cari ilmu pengurusan kewangan yang baik sedikit
demi sedikit supaya kita tidak tersungkur di hari tua atau perlu bekerja sampai
mati. Kita lihat ilmu pengurusan kewangan itu sangat penting ketika muda, bukan
ketika duit sudah banyak atau ketika sudah melewati usia pencen.
Dalam ilmu pengurusan kewangan, perkara utama yang perlu
dititik beratkan adalah ‘cashflow’ atau aliran tunai. Ketahuilah bahawa
pendapatan dan perbelanjaan kita perlu seimbang supaya kita tidak membelanjakan
wang masa hadapan kita. Kita perlu sedar untuk memastikan aliran tunai kita
sentiasa positif. Bagaimana? Antara cara yang boleh dilaksanakan adalah seperti
berikut:
- Buat pembahagian duit dari pendapatan bulanan.
- Buat senarai perbelanjaan harian dan bulanan.
- Buat simpanan selepas gaji masuk.
- Belanja untuk barang keperluan sahaja
- Tangguhkan keinginan kita jika kita masih tidak membuat simpanan pada waktu tersebut.
Pembinaan kewangan ketika muda ini memerlukan kesedaran awal
iaitu dengan meneliti semula ke manakah wang kita setiap bulan? Adakah ia ke
akaun simpanan atau pelaburan? Adakah ia pergi kepada ibu bapa kita? Adakah ia
hanya pergi ke pusat beli belah? Soal semua diri kita ke mana wang kita?
Bagi memupuk kesedaran awal ini kita boleh membuat senarai
pendapatan dan perbelanjaan bulanan kita seperti dalam rajah di bawah.
|
Pendapatan
|
Perbelanjaan
|
||
|
Gaji
|
RM 1650
|
Bulanan Rumah
|
RM 450
|
|
Bisnes
|
RM 500
|
Bulanan Kereta
|
RM 550
|
|
Pelaburan
|
RM 150
|
Minyak dan Bil
|
RM 300
|
|
|
|
Makanan dan Minuman
|
RM 350
|
|
|
|
Sedekah
|
RM 100
|
|
|
|
Lain-Lain
|
RM 200
|
|
|
|
Simpanan
|
RM 165
|
|
Jumlah
|
RM 2300
|
Jumlah
|
RM 2115
|
Aliran Tunai :
Pendapatan – Perbelanjaan
:
RM 2300 – RM 2115 = RM 185
Bila dilihat dari pengiraan ini barulah kita sedar akan
kewangan kita masih ada lebihan dan masih boleh disimpan atau dilaburkan dalam
akaun pelaburan. Inilah yang dinamakan kesedaran kewangan diri. Apabila kita
sedar maka kita lebih mudah untuk merancang.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua di tahun 2015 yang serba mencabar ini. Nantikan info-info menarik pada post-post yang akan datang.
Ingin melakukan Seminar Pengurusan Kewangan, hubungi saya di talian 013-5336456.
No comments:
Post a Comment