Saturday, 30 July 2016

Khalish Susu Kambing




Amalan meminum susu kambing merupakan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.
Tidak hairanlah mengapa susu kambing menjadi minuman kegemaran Rasulullah S.A.W. Terdapat terlalu banyak khasiat yang boleh diperolehi.

==========================================

KHALISH SUSU KAMBING ialah 100% susu kambing asli yang diproses dalam bentuk serbuk yang organik, tanpa gula dan pewarna tiruan. Ia juga mempunyai rasa yang enak dan tidak berbau hamis.

KHALISH SUSU KAMBING juga telah diiktiraf KKM dan Halal Malaysia. 100% buatan Muslim Bumiputra.

Terdapat 2 jenis:
✔ Susu Kambing Asli (100% susu kambing)
✔ Susu Kambing Coklat Kurma (Pra campuran Coklat dan Kurma)

===========================================

★ Khasiat untuk bayi & Kanak-kanak ★
✔ Meningkatkan IQ dan EQ kanak-kanak
✔ Mencegah penyakit demam kuning
✔ Mengatasi penyakit batuk dan asma
✔ Menghilangkan kahak dan lelah anak
✔ Menghindarkan masalah sembelit
✔ Membantu sistem penghadaman
✔ Meningkatkan selera makan
✔ Tulang anak lebih kuat. Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
✔ Membekalkan nutrien yang cukup kepada tubuh
✔ Mempunyai rasa yang enak dan tidak berbau hamis.
✔ Bersifat less allergenic sesuai untuk anak yang alah protein susu lembu.

★ Khasiat untuk dewasa dan warga emas ★
✔ Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
✔ Membantu sistem penghadaman.
✔ Membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
✔ Sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (Inflamasi Sendi)
✔ Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
✔ Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
✔ Memulihkan tenaga batin
.
★ Pasangan Ikhtiar mendapat zuriat ★
✔ Meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.
✔ Diperkaya dengan kandungan iron (zat besi) dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat.
✔ Kombinasi  susu kambing dan kurma sangat bagus utk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab dan terkenal dgn kemujarabannya.

★ Khasiat untuk wanita Hamil ★
✔ Menghilangkan loya dan pedih hulu hati
✔ Memberi tenaga dan menyegarkan tubuh badan
✔ Mengurangkan kesan selulit pada perut
✔ Mencegah bayi dari terkena demam kuning
✔ Sumber kalsium dan mineral untuk tubuh & kandungan
✔ Membantu membersihkan anggota dalaman dan peranakan semasa bersalin


★Ibu menyusukan anak★
✔ Meningkatkan pengaliran susu badan dan menambahkan susu ibu.
✔ Memekatkan susu
✔ Membantu merawat bayi yang terkena demam kuning.
✔ Memperbanyakan susu ibu
✔ Mengelakkan bayi dari kembung perut
✔ Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu
✔ Mencantikkan kulit dan bayi (Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut)
✔ Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya.
✔ Bayi lebih aktif
✔ Bayi cepat kenyang dan tidur dengan nyenyak
✔ Mengekalkan kecergasan ibu selepas bersalin
✔ Membantu mempercepatkan pemulihan anggota dalaman ibu selepas bersalin.FAQ


1) Siapakah golongan yang sesuai untuk minum Khalish Susu Kambing ini?
 -Kanak-kanak 1 tahun keatas
✔ Ibu mengandung
✔ Ibu berpantang
✔ Ibu menyusukan anak
✔ Pasangan ikhtiar zuriat
✔ Pelajar
✔ Golongan Dewasa
✔ Golongan warga emas


2)Bolehkah Khalish diberikan pada bayi dibawah 1 tahun?
-Ya Boleh, Khalish susu kambing boleh dijadikan susu altenatif jika ibu tiada susu. Susu kambing mempunyai kandungan hampir-hampir sama dengan susu ibu. Khalish juga selamat diberikan kepada bayi kerana khalish merupakan susu yang telah dipasteur dan diproses mengikut kesesuaian bayi dan semua golongan.

Sukatan permulaan yg disyorkan untuk baby dibawah 1 tahun ialah 1 scoop 3oz. Dalam tempoh dua minggu sukatan perlu diubah. Tambahkan sukatan sekiranya bayi tidak kenyang dan kerap meminta susu. Sebarang perubahan pada najis bayi pada tempoh 2 minggu ini adalah normal.Hubungi Khalish Careline 013-2122239 untuk sebarang kemuskilan.


3) Adakah Khalish susu kambing ini bersifat panas?
-Tidak bersifat panas, khalish susu kambing telah dipastuer mengikut piawai dan kandungan laktosa yang ada dalam khalish susu kambing adalah sangat-sangat rendah yang dapat mencegah alahan dan boleh mencegah asthma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan saluran pencernaan.



4) Apa yang dimaksudkan dengan susu yang telah dipasteur?
-Susu yang telah dipasteur seperti Khalish ialah  susu yang dirawat dengan cara memanaskan pada suhu tertentu.  Susu segar yang diperah yang belum melalui proses pempasteuran boleh menyebabkan pembiakan bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu dan bayi yang dikandung.


5) Bolehkah Khalish dibancuh dengan koko (contoh milo) atau makanan-makanan lain?
-Boleh, malah rasanya lebih enak dan khasiatnya tidak berubah.


6) Bolehkah Khalish dicampurkan dengan susu formula (lembu) untuk diberikan kepada anak?
-Boleh, tetapi tidak digalakkan kerana khasiatnya akan bercampur, susu kambing bersifat alkali manakala susu lembu bersifat asid. Ia juga boleh mengelakkan pembaziran kerana susu lembu formula hanya tahan sekejap dan cepat rosak berbanding susu kambing.


7) Berapa lamakah Khalish susu kambing boleh tahan selepas dibancuh?
- Khalish Susu Kambing boleh tahan sehingga 6 jam (suhu bilik) dengan cara penyediaan yang baik. Tetapi bergantung kepada hygienic practice.


8) Bolehkah Khalish Susu Kambing diambil secara berlebihan?
-Khalish susu kambing tidak memudaratkan jika diambil secara berlebihan kerana Khalish bersifat alkali dan 100% organik tanpa gula tambahan.


9) Bolehkah Khalish susu kambing diminum oleh golongan berpenyakit seperti cancer (barah), gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomnia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout?
 -Boleh, malah digalakkan kerana Khalish susu kambing dapat merawat dan menyembuhkan penyakit berkenaan.

Thursday, 21 April 2016

Jaket Eksekutif Bergaya

Tuan/Puan/Cik Puan mencari jaket yang sesuai untuk majlis kasual dan semi formal?

Syabab Gemilang Enterprise menyediakan jaket menarik untuk anda semua dengan harga yang berpatutan.

Jaket Eksekutif : RM 65.00 sahaja
Tambah Sulaman 1 spot: RM 5.00 sahaja.

Boleh letak nama, logo institusi atau organisasi anda dan website syarikat anda.

Tempahan boleh dibuat bila-bila masa. Tarikh yang ditetapkan adalah untuk promosi semasa.

Sila rujuk saiz jaket berdasarkan jadual ini.




Kelab, Persatuan, Syarikat dan organisasi yang berminat untuk tempahan yang banyak akan mendapat harga diskaun yang istimewa.

Kami menyediakan perkhidmatan ini SEPANJANG MASA dan di mana jua anda berada.

Buat Tempahan dengan menghubungi 013-5336456 (Fitri Jamil)

Wednesday, 16 December 2015

Bina Matlamat Diri



Hari-hari mendatang kita selalu inginkan sesuatu keajaiban berlaku pada kita. Sebagai contoh, duit dalam akaun masuk beribu-ribu, dapat hadiah kereta mewah dan sebagainya. Akan tetapi adakah kita sedar yang kita menetapkan matlamat diri kita pada hari itu yang kita inginkan wang yang banyak dan kereta yang besar. Jika kita sedar akan apa matlamat hidup kita maka kita akan lebih terarah untuk menariknya dengan pelbagai jalan yang boleh kita perolehinya.

Oleh itu, untuk kita menjadi lebih baik di masa hadapan atau masa sekarang, perlulah kita menetapkan matlamat hidup kita. " Setiap amalan itu dimulakan dengan niat" itulah hadis Rasulullah S.A.W yang selalu kita dengar tetapi jarang diamalkan. Apa kata pada hari ini kita duduk sejenak memikirkan apa motif kita dihidupkan lagi di dunia ini. Adakah sekadar untuk bersambil lewa dan bersandiwara kosong tanpa memberi manfaat apa-apa kepada orang sekeliling bahkan pada diri kita? Semestinya tidak dijadikan sesuatu itu sia-sia seperti firman Allah dalam al-quran. Jadi apa sebenarnya matlamat hidup kita yang utama:
  1. menjadi HAMBA Allah yang taat dan patuh beribadah kepadanya.
  2. menjadi khalifah di muka bumi ini.
  3. mentadbir bumi ini dengan seimbang dan tidak merosakkannya
Setiap dari kita menginginkan diri sendiri menjadi seorang Muslim yang taat perintah-Nya maka kita niatkan pada hari ini dan hari mendatang untuk menunaikan solat fardu di awal waktu dan juga berjemaah sebagai permulaan. Apabila sudah dapat rutin tersebut maka kita boleh tingkatkan dengan ibadah wajib dan sunat yang lain seperti solat sunat, puasa, sedekah, infaq dan zakat. Selain itu, dengan merutinkan solat fardu di awal waktu, kita dapat menguruskan masa kita dengan baik iaitu dengan mengatur aktiviti kita di setiap selepas waktu solat.

Apabila sudah dapat memimpin diri kita, maka kita cuba menjadi khalifah untuk orang di sekeliling kita. Ketua tidak semestinya selalu betul. Oleh itu, menjadi khalifah adalah proses pembentukan akhlak mulia kita. Menjadi seorang yang bertoleransi, bermanis senyuman, berlembut tutur kata membolehkan kita menunjukkan akhlak sebenar seorang Muslim di mata masyarakat.

Sesudah kita dapat membina diri dengan akhlak yang baik maka kita perlu mentadbir dunia ini dengan seimbang. Maka di sini kita perlu misi-misi tambahan untuk mengukuhkan matlamat kita untuk mentadbir dunia dengan seimbang. Seorang jurutera kimia boleh menjadi seorang yang mencipta bateri sebagai sumber tenaga jika dia mempunyai akhlak yang baik tetapi dia juga boleh mencipta sebutir bom nuklear jika dia mempunyai pemikiran yang tidak baik. Di sini kita ingin menetapkan sesuatu misi untuk dicapai di dunia ini seperti membina sebuah syarikat yang dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat dalam bidang pembuatan makanan.

Pembinaan matlamat ini penting supaya kita tidak terawang-awang apabila membuat keputusan dalam hidup dan dapat menentukan arah hidup yang lebih teratur. Setelah kita tahu niat dan matlamat kita barulah jalan yang pelbagai itu dapat dirangka dan dipilih dengan baik dan kita sentiasa seronok untuk menelusurinya.


Tuesday, 15 December 2015

Titik Permulaan

Setiap sesuatu di dunia ini ada permulaannya. Sama ada kita mengambilnya dengan sedar atau tanpa sedar. Setelah diingati semula, sudah hampir 4tahun syarikat Syabab Gemilang Enterprise ini didaftarkan. Walaupun sudah lama bertapak secara kecil-kecilan di Perak Tengah, syarikat ini telah memberi peluang kepada saya sebagai pemilik mempelajari pengurusan sesebuah bisnes. Beza syarikat dan bisnes. Sebuah syarikat selalunya sudah mempunyai sistem yang lengkap tetapi bisnes tidak semestinya mempunyai sistem.

Sedikit perkongsian pagi ini, setelah memulakan bisnes ini dengan memilih bidang pengedaran sebagai aktiviti utama bisnes kami berjaya meluaskan sasaran di sekitar Seri Iskandar. Bagi seorang yang mempunyai peribadi yang pendiam dan tidak suka bersembang amatlah sukar bagi membolehkan produk yang diedarkan diletakkan di kedai-kedai pengedaran. Sikap adalah aspek utama untuk dibuat perubahan. Bila kita sedar pemalu adalah kelemahan kita, cuba ubah dah jadikan ia sebagai cabaran untuk lebih maju kerana ia adalah salah satu ketakutan dalam hidup yang perlu dipecahkan.

Titik permulaan ini mengubah cara pemikiran saya dari seorang yang hanya belajar untuk bekerja selepas tamat pengajian kepada seorang yang ingin membina pekerjaan untuk orang lain. Dengan syarikat ini beberapa kali dicuba untuk menggajikan pekerja tetapi tidak berjaya kerana kelemahan sistem yang masih tidak kukuh. Pekerja merasakan dirinya terbeban dengan gaji yang murah. Saya fikirkan kerja yang hanya boleh disiapkan sehari seminggu dengan bayaran tersebut sudah mencukupi tetapi bagi pekerja ia sesuatu yang sangat sedikit. Di sini saya belajar serba sedikit cara pengurusan sumber manusia dan juga pengurusan skop kerja. 

Bina sedikit demi sedikit dari pengalaman pekedai-pekedai yang menjadi kedai pengedaran saya juga dari pembekal yang pelbagai bangsa, saya tingkatkan sedikit demi sedikit sistem yang telah ada. Sekarang adalah masanya untuk menggunakannya dengan menubuhkan sendirian berhad. Proses itu agak lama kerana pembinaan bisnes ini menggunakan wang sendiri. Oleh itu tidak mustahil untuk kita membina sesuatu. Yang paling penting adalah tindakan kita untuk mengambil langkah pertama. Setiap dari kita ada langkah pertama yang diambil untuk membuat keputusan yang mengubah hidup kita.



~B.A.C.A adalah kunci kepada kejayaan masa hadapan~

Tuesday, 17 November 2015

Coffee and Cake: Art of Cook

Assalamualaikum and Hi,

Nowadays, we can see a lot of theme cafes grown with their own concepts restaurant and original recipe cakes and coffees. There are difference perceptions for everyone. One can say coffee is just a coffee with coffee bean, milk and sugar but for the fan of coffee, cappucino, latte, machiato and long black are difference. This is art of coffees. 


 This also apply to cakes. There are a lot of type of cakes. Sponge cake, moist cake and cheese cake are the common cake that we can get from most of the bakery. Both have its own nice texture but give the different pleasure when we have it once. 




The perfectness of the recipe for both cakes and coffees need to be accurate, perfect texture and nice presentation can attract the fan to have it with great environment and good taste of food. These cafes which provide cakes and coffees as their main meals should care about the recipe to keep the regular customers coming to their restaurants. 

Ideas of Heavenly Iskandar is coming from this art of coffees and cakes. Preparing nice desserts for the customer is our passion that we want to give to the customers. May this idea can grow into a restaurant like Coffee Bean and Tea and also Starbuck cafe out there.


Saturday, 7 November 2015

Pengurusan Kewangan : Berapa Nilai Duit yang Cukup Untuk Kita?

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca,

Sedikit pandangan dari saya pada hari ini tentang duit yang tak pernah cukup. Berapa sebenarnya nilai gaji atau pendapatan yang perlu kita ada supaya cukup untuk hidup? Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri. Kenapa saya kata begitu? Keperluan kita dalam cara hidup kita adalah berbeza. Jika saya seorang pelajar mengayuh basikal ke kuliah setiap hari sudah tentu duit yang saya perlukan adalah sedikit sahaja. Duit minyak tak diperlukan. Jika saya pelajar tetapi pergi ke kuliah dengan kereta sudah tentulah peruntukan bajet minyak diperlukan di situ.

Sejak kebelakangan ini kita melihat ramai orang dibuang kerja dan ada ramai juga mendapat kerja dengan gaji yang rendah. Akan tetapi kita boleh lihat bagaimana nak uruskan duit yang sikit yang kita dapat. Saya ambil contoh gaji seorang kerani yang tinggal di Wangsa Maju dan bekerja di KLCC dengan pendapatan RM1800. Dengan gaji yang kerani ini dapat dia perlu menyara dirinya seorang yang masih bujang.

Gaji Kasar: RM1800
EPF (11%): RM198
Gaji Bersih: RM1602

Pengangkutan
Jika naik motosikal ke tempat kerja = RM12.00 / seminggu, RM48.00/ sebulan
Jika naik LRT = RM6.00 / sehari, RM120.00 / sebulan
Kita ambil jumlah untuk LRT: RM120/sebulan

Rumah Sewa
Saya menganggarkan rumah sewa yang diambil adalah sewaan beramai-ramai kerana masih bujang. Jadi boleh jimat. Jika ambil rumah 2 bilik dengan sewaan RM1000 sebulan maka kos bulanannya RM500 sebulan. Apabila dicampur utiliti dalam RM50.

Jumlah: RM550/sebulan

Makan dan Minum
Makanan dan minuman dikira mengikut hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam
-Sarapan: RM4.00
-Makan Tengahari: RM10.00
-Makan Malam: RM7.00
Jumlah: RM21.00/sehari, RM630/sebulan

Jumlah keseluruhan perbelanjaan: RM1300.00
Lebihan: RM 302.00

Lain-lain
Simpanan: RM130
Ibu Bapa: RM130
Zakat: RM40.05

Ini pengiraan untuk yang betul-betul berjimat. Boleh komen jika ada yang tertinggal dari pengiraan. Setakat yang difikirkan perkara-perkara ini yang paling penting dan diutamakan. Bagi pendapat saya, jika kita mempunyai pendapatan sebegini maka eloklah difikirkan bagaimana cara menambah pendapatan supaya dapat membuat simpanan kecemasan dengan lebih cepat.


Wednesday, 18 March 2015

Keupayaan vs Kapasiti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca,

Bisnes adalah suatu bidang yang dinamik dan ramai usahawan menasihatkan agar sesiapa yang terlibat perlu bergerak pantas dan terlibat dalam beberapa bidang secara serentak bagi mengelakkan kewangan syarikat menjadi semput. Maka ramai yang apabila sesuatu jualan sudah stabil cuba mencari produk baru atau inovasi baru bagi mencambahkan lagi jualan dan pengguna mereka akan tetapi dalam setiap perkara mesti ada batas dan sempadannya. Di sini hadir isu antara kapasiti dan juga kapabiliti seseorang atau syarikat dalam memastikan jualan dan servis sentiasa di tahap yang memberangsangkan.

Kapasiti adalah kuantiti dalam bentuk modal dan pengeluaran produk yang mampu diuruskan oleh sesuatu perkhidmatan atau jualan tersebut. Maka jika modal kita hanya RM10,000.00 akan tetapi projek yang kita dapatkan memerlukan modal sebanyak RM50,000.00. Keadaan ini telah membuktikan yang kita telah mengambil sesuatu untuk syarikat di luar kapasiti syarikat untuk menguruskannya. Pengarah syarikat mungkin akan mengambil tindakan untuk membuat pinjaman atau menambah pemegang saham akan tetapi adakah projek tersebut dapat memberi pulangan yang setimpal dengan tindakan tersebut. Oleh itu, kita fikirkan kekuatan pada projek tersebut, jika berbaloi ia tidak menjadi suatu permasalahan untuk keluar dari keadaan selesa dengan membuat pinjaman atau lain-lain. 

Keupayaan adalah sumber manusia dalam mengendalikan projek tersebut. Jika tenaga kerja hanya ada 3 orang maka projek yang berjuta-juta berlu dipertimbangkan akan pengurusannya. Jika tidak untung berjuta-juta boleh menjadi rugi yang berbilion-bilion. Ia adalah satu cabaran bagi sesebuah syarikat untuk berkembang akan tetapi kenali keupayaan kita dalam menguruskan projek tersebut. Pengalaman dan ilmu juga adalah faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menentukan keupayaan syarikat kita.

Oleh itu, kita perlu memikirkan dua faktor ini bagi menguruskan syarikat dan menerima projek untuk syarikat masing-masing. Jika kita mampu menguruskan kedua-dua ini, ia dapat membangunkan lagi syarikat ke arah pembangunan yang lebih memberangsangkan. Ambil tindakan, cabar diri dan syarikat dalam keupayaan dan kapasiti syarikat.

Semoga bermanfaat untuk semua usahawan di luar sana.

Ingin mengadakan Seminar Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Bisnes, Sila hubungi 013-5336456 untuk keterangan lanjut.