Assalamualaikum w.b.t. kepada semua pembaca,
Sedikit pandangan dari saya pada hari ini tentang duit yang tak pernah cukup. Berapa sebenarnya nilai gaji atau pendapatan yang perlu kita ada supaya cukup untuk hidup? Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri. Kenapa saya kata begitu? Keperluan kita dalam cara hidup kita adalah berbeza. Jika saya seorang pelajar mengayuh basikal ke kuliah setiap hari sudah tentu duit yang saya perlukan adalah sedikit sahaja. Duit minyak tak diperlukan. Jika saya pelajar tetapi pergi ke kuliah dengan kereta sudah tentulah peruntukan bajet minyak diperlukan di situ.
Sejak kebelakangan ini kita melihat ramai orang dibuang kerja dan ada ramai juga mendapat kerja dengan gaji yang rendah. Akan tetapi kita boleh lihat bagaimana nak uruskan duit yang sikit yang kita dapat. Saya ambil contoh gaji seorang kerani yang tinggal di Wangsa Maju dan bekerja di KLCC dengan pendapatan RM1800. Dengan gaji yang kerani ini dapat dia perlu menyara dirinya seorang yang masih bujang.
Gaji Kasar: RM1800
EPF (11%): RM198
Gaji Bersih: RM1602
Pengangkutan
Jika naik motosikal ke tempat kerja = RM12.00 / seminggu, RM48.00/ sebulan
Jika naik LRT = RM6.00 / sehari, RM120.00 / sebulan
Kita ambil jumlah untuk LRT: RM120/sebulan
Rumah Sewa
Saya menganggarkan rumah sewa yang diambil adalah sewaan beramai-ramai kerana masih bujang. Jadi boleh jimat. Jika ambil rumah 2 bilik dengan sewaan RM1000 sebulan maka kos bulanannya RM500 sebulan. Apabila dicampur utiliti dalam RM50.
Jumlah: RM550/sebulan
Makan dan Minum
Makanan dan minuman dikira mengikut hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam
-Sarapan: RM4.00
-Makan Tengahari: RM10.00
-Makan Malam: RM7.00
Jumlah: RM21.00/sehari, RM630/sebulan
Jumlah keseluruhan perbelanjaan: RM1300.00
Lebihan: RM 302.00
Lain-lain
Simpanan: RM130
Ibu Bapa: RM130
Zakat: RM40.05
Ini pengiraan untuk yang betul-betul berjimat. Boleh komen jika ada yang tertinggal dari pengiraan. Setakat yang difikirkan perkara-perkara ini yang paling penting dan diutamakan. Bagi pendapat saya, jika kita mempunyai pendapatan sebegini maka eloklah difikirkan bagaimana cara menambah pendapatan supaya dapat membuat simpanan kecemasan dengan lebih cepat.

No comments:
Post a Comment