Setiap sesuatu di dunia ini ada permulaannya. Sama ada kita mengambilnya dengan sedar atau tanpa sedar. Setelah diingati semula, sudah hampir 4tahun syarikat Syabab Gemilang Enterprise ini didaftarkan. Walaupun sudah lama bertapak secara kecil-kecilan di Perak Tengah, syarikat ini telah memberi peluang kepada saya sebagai pemilik mempelajari pengurusan sesebuah bisnes. Beza syarikat dan bisnes. Sebuah syarikat selalunya sudah mempunyai sistem yang lengkap tetapi bisnes tidak semestinya mempunyai sistem.
Sedikit perkongsian pagi ini, setelah memulakan bisnes ini dengan memilih bidang pengedaran sebagai aktiviti utama bisnes kami berjaya meluaskan sasaran di sekitar Seri Iskandar. Bagi seorang yang mempunyai peribadi yang pendiam dan tidak suka bersembang amatlah sukar bagi membolehkan produk yang diedarkan diletakkan di kedai-kedai pengedaran. Sikap adalah aspek utama untuk dibuat perubahan. Bila kita sedar pemalu adalah kelemahan kita, cuba ubah dah jadikan ia sebagai cabaran untuk lebih maju kerana ia adalah salah satu ketakutan dalam hidup yang perlu dipecahkan.
Titik permulaan ini mengubah cara pemikiran saya dari seorang yang hanya belajar untuk bekerja selepas tamat pengajian kepada seorang yang ingin membina pekerjaan untuk orang lain. Dengan syarikat ini beberapa kali dicuba untuk menggajikan pekerja tetapi tidak berjaya kerana kelemahan sistem yang masih tidak kukuh. Pekerja merasakan dirinya terbeban dengan gaji yang murah. Saya fikirkan kerja yang hanya boleh disiapkan sehari seminggu dengan bayaran tersebut sudah mencukupi tetapi bagi pekerja ia sesuatu yang sangat sedikit. Di sini saya belajar serba sedikit cara pengurusan sumber manusia dan juga pengurusan skop kerja.
Bina sedikit demi sedikit dari pengalaman pekedai-pekedai yang menjadi kedai pengedaran saya juga dari pembekal yang pelbagai bangsa, saya tingkatkan sedikit demi sedikit sistem yang telah ada. Sekarang adalah masanya untuk menggunakannya dengan menubuhkan sendirian berhad. Proses itu agak lama kerana pembinaan bisnes ini menggunakan wang sendiri. Oleh itu tidak mustahil untuk kita membina sesuatu. Yang paling penting adalah tindakan kita untuk mengambil langkah pertama. Setiap dari kita ada langkah pertama yang diambil untuk membuat keputusan yang mengubah hidup kita.
~B.A.C.A adalah kunci kepada kejayaan masa hadapan~

No comments:
Post a Comment